KSIB Membantu Dalam Hari Karnival Keluarga Evo Ria 2016 | Aktiviti KSIB 2016

KSIB SK St. Mary sekali lagi menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membantu persediaan Hari Karnival Keluarga Evo Ria 2016. Tidak kira waktu, siang dan malam, ahli KSIB sentiasa ada untuk membantu kerja - kerja sebelum Hari Karnival Keluarga Evo Ria.

Aktiviti senam Aerobik pembukaan semasa Hari Karnival Keluarga Evo Ria 2016 yang diketuai oleh Ketua E-Sarana Ibu Bapa iaitu Puan Nor Hatiah Mohamed.


Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir memeriahkan Hari Karnival Keluarga Evo Ria pada tahun ini.






Terima kasih diucapkan kepada Puan Wan atas komitmen yang telah beliau tunjukkan. Walaupun terpaksa menguruskan hal - hal anaknya, beliau tetap mempunyai masa untuk turun padang membantu persediaan Hari Karnival Keluarga Evo Ria 2016.



Terima kasih kepada semua ahli KSIB yang sentiasa bersatu berkerjasama membantu segala aktiviti yang dirancangkan oleh PIBG. Diharapkan agar lebih ramai lagi ibu bapa yang turut serta dalam aktiviti KSIB di sekolah.

No comments

Powered by Blogger.