Program English@CLiC | Aktiviti KSIB 2016

Program English@CLiC ini merupakan program yang dianjurkan oleh YTL dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan disertai beberapa buah sekolah yang terpilih. Bagi SK St. Mary, kita telah memilih tema "Clic a Plant Clic a Life" yang berlandaskan tanaman hijau. 

Program ini melibat Unit Panitia English, Murid Tahun 5 Jade dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) serta komuniti. Jom saksikan usaha yang telah mereka curahkan demi kejayaan Program English@CLiC ini. Klik gambar di bawah ini untuk terus ke Facebook Rasmi Clic a Plant Clic a Life .

https://www.facebook.com/ClicSKSTMARY/?fref=ts&ref=br_tf


Peserta bersedia untuk memulakan proses membina sebuah taman kebun di sekolah.

Para peserta mempelajari cara bagaimana untuk mengemburkan tanah.

Terima kasih Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) yang telah bertungkus - lumus membina pagar yang kukuh untuk taman kebun Program English@CLiC.


Peserta memastikan batas - batas tanaman berada dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan.

Gandingan ibu bapa mengecat pagar taman kebun.







Melalui program ini, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa telah bertambah bilangan ahlinya. Tanaman kebun ini juga telah mengeluarkan hasil yang lumayan dan segala kutipan daripada hasil tanaman ini sebahagiannya didermakan kepada rumah kebajikan yang berada berhampiran kawasan sekolah. Ibu bapa dijemput untuk melawat taman kebun ini yang terletak berhampiran dewan sekolah.

No comments

Powered by Blogger.