Menebang Pokok Reput Di Padang Sekolah | Aktiviti KSIB 2016

Pokok yang reput di bahagian tepi padang telah berjaya ditebang pada 26 Ogos 2016 oleh Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) tanpa sebarang bayaran. Pokok ini ditebang atas sebab keselamatan murid - murid semasa berada di padang. Pokok ini telah 'mati' akibat terkena panahan petir.



Pokok sedang dipotong lebih pendek agar ringan untuk diangkat untuk tujuan pembersihan. Sebahagian batang pokok ini telah digunakan sebagai tempat duduk kitar semula.


Terima kasih diucapkan kepada Encik Jo iaitu ayah kepada Nur Afrina murid dari Kelas Tahun 5 Jade yang telah bersama beberapa orang rakannya menebang pokok ini. Semoga usaha dan pengorbanan diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Insyallah.

No comments

Powered by Blogger.