Fun With English | Aktiviti KSIB 2016

 Program "Fun With English" ini merupakan inisiatif Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Sek. Keb. St. Mary yang memandang serius terhadap pencapaian murid yang lemah dalam pembelajaran di sekolah. Adalah menjadi objektif utama Program Fun With English ini diadakan bagi meningkatkan tahap penguasan murid dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.


Bagi Program "Fun With English" ini diketuai oleh Cikgu Shazzuana dan Puan Freeda bersama beberapa orang ibu bapa yang lain. Program ini diadakan pada setiap hari Isnin selepas waktu persekolahan iaitu 1.05 - 2.05 petang.




Gambar kenangan bersama murid "Fun With English" bagi tahun 2016.


Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) yang telah banyak membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek. Semoga kejayaan cemerlang menjadi hak milik Puteri St. Mary.

No comments

Powered by Blogger.