Sumbangan 10 Unit Komputer Oleh PPUKM | KSIB Korporat

Pada 29 Jun 2016, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah melakar satu lagi sejarah bagi tahun 2016. Kerjasama yang terjalin ini memberikan pelbagai kebaikan kepada pihak sekolah demi keselesaan semua murid. 

PPUKM telah memberikan sumbangan sebanyak 10 unit komputer terpakai kepada Sekolah Kebangsaan St. Mary untuk digunakan di dalam Makmal Komputer yang sedang diwujudkan.

Sesi Ice-Breaking bersama Prof Dr. Datin Norlinah


Prof merupakan salah seorang ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan St. Mary.



Guru Besar, Cik Ngan Wai Fun sedang menandatangani surat akuan penerimaan sumbangan 10 unit komputer terpakai dari PPUKM.

PIBG dan KSIB Sekolah Kebangsaan St. Mary ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan oleh PPUKM dalam menjayakan usaha mewujudkan sebuah makmal komputer di sekolah.

No comments

Powered by Blogger.