KSIB SK St. Mary Tercalon Dalam Kategori KSIB Cemerlang | Pemantauan Pegawai Penilai KSIB Cemerlang

KSIB SK St. Mary telah dicalonkan sebagai KSIB Cemerlang Zon Sentul dan seterusnya mewakili Zon Sentul untuk bertanding di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli KSIB atas komitmen yang ditunjukkan selama ini. Tanpa kerjasama dan komitmen yang jitu, KSIB tidak mungkin akan berjaya sehingga ke peringkat ini.


Pegawai penilai meninjau Bilik Gerakan PIBG SK St. Mary.


Kenangan bergambar bersama para pegawai penilai dan ahli KSIB yang sedang menyiapkan buku kupon Hari Karnival Keluarga Evo Ria 2016. Terima kasih diucapkan kepada ahli KSIB yang penuh bersemangat dan tanpa perlu disuruh, mereka menawarkan diri untuk membantu PIBG mengecop kupon - kupon.



NYDP menerangkan kepada pegawai penilai mengenai Program English@CLiC dan kerjasama yang dijalankan bersama KSIB SK St. Mary 2016.

Pegawai begitu teruja melihat taman kebun yang dibina.




Sesungguhnya, kejayaan yang KSIB capai pada hari ini adalah berpunca daripada kerjasama dan perpaduan yang utuh antara semua warga SK St. Mary. KSIB amat mengalakkan penyertaan ibu bapa dalam pelbagai aktiviti yang dirancang demi meningkatkan nama SK St. Mary dalam dunia pendidikan.

No comments

Powered by Blogger.