KSIB Membantu Dalam Program Keceriaan Kelas | Aktiviti KSIB 2016

Program Keceriaan Kelas merupakan program yang memerlukan penglibatan KSIB yang ramai dalam memastikan kelancaran program ini. Melalui penglibatan KSIB, guru kelas akan dapat meringankan beban serta berkerjasama menghiaskan kelas anak masing - masing. Tambahan pula, ibu juga dapat berbual dan saling mengenali antara satu sama lain. Bak kata pepatah, "tak kenal, maka tak cinta"

Kerjasama yang erat antara guru dan ibu bapa KSIB dapat memberikan 1001 faedah kepada semua pihak. Semoga lebih ramai ahli baharu KSIB yang akan turut serta dalam program yang akan datang.



Ibu bapa sedang kusyuk menyiapakan alas meja kelas anak masing - masing.







anak kecil pun tidak melepaskan peluang untuk membantu ibunya menghiaskan kelas kakaknya.



Kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa amat membantu guru kelas memastikan keceriaan kelas dapat disiapkan secepat yang mungkin.





KSIB sentiasa bersedia untuk membantu pihak sekolah dalam pelbagai aktiviti yang direncanakan demi keselesaan murid. Marilah kita bersama - sama membantu dan menyumbang sesuatu untuk sekolah. Muafakat membawa berkat.

1 comment:

Powered by Blogger.