Jualan Teddy Bear Sempena Hari Guru | Aktiviti KSIB 2016

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dengan kerjasama beberapa AJK PIBG mengadakan Jualan Teddy Bear Sempena Hari Guru. Jualan ini diadakan bagi memudahkan murid - murid di Sek. Keb. St. Mary untuk mendapatkan hadiah untuk diberikan kepada guru yang mereka sayangi.

Secara tidak langsung, melalui jualan ini, KSIB dapat membantu menyumbangkan sedikit dana untuk kerja - kerja menghias makmal komputer.

hmmm... macam mana nak hias ya ?

Perbincangan yang serius. hihi



 

Sambutan yang hangat daripada semua murid semasa waktu rehat.

 

Puan Wan antara ahli KSIB yang begitu aktif menyumbang tenaga dan idea.


Antara jualan yang laris dibeli oleh ibu bapa dan murid.


Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Jualan Teddy Bear sempena Hari Guru pada tahun ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam program yang akan datang.

No comments

Powered by Blogger.